Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera.. Semalam, 31 Julai 2011, bermulalah 1 Ramadan. Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah memberi peluang, mempertemukan kita dengan Ramadan pada kali ini.

Bulan dimana semua umat Islam dituntut untuk berpuasa. Bulan di dalamnya penuh dengan keberkatan, 1 malam di mana pahala amalan bersamaan 1000 bulan. Maka, marilah bersama kita manfaatkan peluang yang ada dengan melakukan amal sebanyaknya dan hindarkan diri daripada melakukan maksiat.

Semoga Ramadan kali ini kita dapat membuat amalan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. InsyaAllah.