Monday, October 17, 2011

14-16 Oktober 2011, berlansungnya World Jamboree On The Air (JOTA) kali ke-54 peringkat negeri Perak di Kompleks Rakan Muda, Kamunting. Seperti sebelumnya, stesyen JOTA Perak menggunakan callsign 9M4SJA. Seramai 98 peserta telah menyartai JOTA kali ini yang terdiri daripada pelajar2 sekolah sekitar daerah LMS dan kelana daerah2 sekitar LMS.

Krew JOTA/JOTI 2011





CQ JOTA


Peserta yang berpeluang mencuba


Mesyuarat Jawatankuasa

QSO di Local Repeater Kelab STAR

Kuiz JOTA


Penerangan Semaphore
Assalamualaikum, salam sejahtera. 7-8 Oktober sudah aku ada sertai Jamboree MTB buat pertama kalinya kat Uni. Teknologi Petronas, Perak. Jarak perjalanan route and trail lebih kurang 43km. Cabaran bermula dengan flag-off di hadapan Dewan Censelor, UTP pada jam 7.45 pagi. Aku tengok orang lain smua guna basikal canggih2, 24-27 speed. aku je guna yang basic gear, 21 speed. Sebabkan guna yang basic, aku tamatkan cabaran lebih kurang 3 jam (nak speed dah tak boleh pegi). Tak banyak gambar yang nak letak sebab tak bawa kamera. Amik daripada orang lain je ni.









Tuesday, September 13, 2011

Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera.. Semalam, 31 Julai 2011, bermulalah 1 Ramadan. Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah memberi peluang, mempertemukan kita dengan Ramadan pada kali ini.

Bulan dimana semua umat Islam dituntut untuk berpuasa. Bulan di dalamnya penuh dengan keberkatan, 1 malam di mana pahala amalan bersamaan 1000 bulan. Maka, marilah bersama kita manfaatkan peluang yang ada dengan melakukan amal sebanyaknya dan hindarkan diri daripada melakukan maksiat.

Semoga Ramadan kali ini kita dapat membuat amalan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. InsyaAllah.

Tuesday, June 21, 2011

Writing for leisure

I hope you all were here

beside me

althought not in physical

especially you

to lead me, accompany me

make me feel

as light as the air


Having you all is a pleasure

teach me things, brighten my life

make me be a person

that concern about life


And you, changed my life

like drops of water

change the shape of rocks

slowly pulled me out

from the other part of me


Knowing you make me drown

with the feelings

like a person in love

draging me to have a relationship

just as a friend

or maybe close friend


I got the feeling

of loving you

but I keep it for myself

because I don't want you

to feel the pain

hurt by a deep love to someone


I know you care about me

and I am hope that

you just care but not love

It's the time to say good bye

never hurt untill you know

you got no chance to say hello

anymore


Take care of yourself

I'm sorry, I'm so sorry

I can't make you laugh anymore

but I want to see you smile

having normal life like before


I want you to remember this,

YOUR HAPPINESS IS MY HAPPINESS


*not related to any human being..hihi

writing for leisure

Assalamualaikum.. Minta maaf kepada anda yang singgah kat blog ni.. Saya agak keberatan nak sambung catatan pasal kem aritu (malas sebenarnya..hihihi). Apa2 pun, bila ada keyakinan dan kerajinan di hati, insyaAllah saa akan sambung semula.. Terima kasih la kepada sapa2 yang datang singgah kat blog 'tumpangan' ni..hihi

Monday, June 13, 2011

1st Malaysian Rainforest Scout Challenge

Assalamualaikum, salam sejahtera. Setelah sekian lama, baru hari ni aku rasa rajin sikit nak update blog ni. Kali ni aku nak kongsikan apa yang telah aku lalui sepanjang menyertai kem International baru-baru ni. Laporan pasal kem ni baru disiarkan di Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi dan akan disiarkan juga oleh RTM.

Informasi Kem

Nama : 1st Malaysian Rainforest Scout Challenge
Tarikh : 1 hingga 7 Jun 2011
Lokasi : Sg. Kejar, Sg. Enam ( Royal Belum Rainforest )
Tanjung Satu, Pulau Pendidikan ( Banding )


1 Jun 2011

1100 - Aku sampai kat Laketown Resort, (tempat berkumpul semua peserta untuk taklimat sebelum bertolak ke tapak kem pada esok hari.) Dah tu, aku gi daftar untuk kumpulan aku, check-in bilik amik kunci bilik dan bahan2 yang disediakan. Dalam 1 bilik ada empat orang. Daripada kumpulan aku ada 3 orang, jadi 1 kosong. Pihak pengurusan masukkan sorang photographer bebas dari KL ( kami panggil Cik Din). Dok ngan dia, banyak gak yang diceritakan. Dia dah banyak kali join Pengakap punya event untuk amik gambar.

1530 - Taklimat mengenai kem, peraturan, segala macam arahan la sampai pukul 5.30 petang. Sesi yang paling menarik adalah sesi bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Masa ni la kami diberikan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum masuk Hutan Belum tu.

2000 - Perasmian pembukaan dan welcome-dinner. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh. Majlis malam tu diserikan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak yang diundang khas daripada Ipoh (kot). Hahaha

2 Jun 2011

0615 - Dah siap kemas2 barang kitorang turun sarapan, borak2 dengan Cik Din, Cigku Yusri dan Cikgu Afiq daripada Kulaijaya Johor.

0840 - Semua peserta bertolak dari Laketown ke Pulau Banding. Konvoi 6 buah bas dan beberapa buah kereta urusetia diiringi peronda lebuhraya.

1350 - Sampai di Sidai, Belum Rainforest Resort, Pulau Banding. Kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan dan tarian Sewang daripada orang asli. Enjoy sekejap sebelum bertolak ke kem pertama dengan menaiki bot.

1415 - Bertolak ke Sg. Kejar, tapak kem yang pertama. Perjalanan dianggarkan selama 1 jam 45 minit dan mungkin lebih sebab paras air masa tu surut sedalam 2 meter dan ada kawasan yang airnya cetek. Nasib baik la tak kena turun tolak bot. Sebelum sampai di kem Sg. Kejar, kami melintasi 2 perkampungan orang asli. Ada yang dah modem dan ada yang masih mengekalkan tradisi.

1555 - Sampai di kem Sg. Kejar. Taklimat daripada urusetia kem. Berehat jap, minum petang.

1630 - Aktiviti air, water confident.

1800 - Membina rakit buluh. Penerangan disampaikan oleh wakil orang asli. Dia cerita buluh apa yang sesuai untuk buat rakit, cara camna nak ikat rakit tu dan sebagainya.

2000 - Selepas solat, diadakan bacaan Yasin.

2100 - Night walk. Menikmati suasana hutan dalam gelap. Dapat tengok spora, belalang ranting, dengar macam2 bunyi binatang.

2145 - Sesi perkenalan. Dah berapa lama bersama, baru sekarang berkenalan. haha

0000 - light-off

....... to be continued ........

Tuesday, June 7, 2011

Jom lepak jap,gelak2 release tension

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit

Mac - Aku belasah

April - Aku peluk

Mei - Aku terhantuk

Jun - Aku terkentut depan

Julai - Aku menari dengan

Ogos - Aku pergi dating dengan

September - Aku lambai dekat

Oktober - Aku muntah depan

November - Aku jerit dekat

Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku

2 - Komputer aku

3 - Liverpool

4 - Garfield

5 - Musuh dalam selimut aku

6 - Gangster

7 - Handphone aku

8 - Gerrard

9 - Driver Bas

10 - Semut

11- Kawan baik aku

12 - Polis

13 - Taik kucing

14 - Patung barbie

15 - Lee Chong Wei

16 - Mak Mertua aku

17 - Mak tiri aku

18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku

19 - Makcik kantin

20 - Sharifah Amani

21 - Upin dan

22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob

24 - Cristiano Ronaldo

25 - Bapuk/Maknyah

26 - Kawan aku

27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia

28 - Jiran aku

29 - Orang gila

30 - Taylor swift

31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem

Hitam - Sebab aku gila

Pink - Sebab aku suka single

Merah - Sebab mak aku suruh

Biru - Sebab aku tak tahan

Hijau - Sebab aku baik hati

Ungu - Sebab aku cemburu

Kelabu - Sebab bomoh suruh

Kuning - Sebab suka hati aku la

Oren - Sebab aku baru putus cinta

Coklat - Sebab aku tak tentu arah

Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

The sem-break

It's the last day

some already being home

and some still packing their stuffs

impatient to be in their hometown

greeting families and relatives.


Here comes the

long-term holiday

and holiday always mean

freedom for students

free from studies and books.


This is the time

for us

to refresh our mind

after a half-year studies

and sit for exam


Enjoy the holiday

spend the time with families

and friends

around the table

having dinner or

playing football on the day.


But remember my friends

we got some tasks

to help The Lecturer

and ready To Kill A Mocking Bird

next sem.

Wednesday, June 1, 2011

1st Malaysian Rainforest Scout Challenge
1-7 Jun 2011

Hah, hari pertama kem. Pukul 11.15 pagi tadi sampai, terus daftar n amik kunci bilik. Sekarang ni dok lepak dalam bilik je la sebelum briefing pkul 3 petang ni.. Perut lapo, nak gi makan, harga mahal.. Tak sure plak dorang sediakan lunch atau tak.. Saborr je laa~~

Pape pun,takat ni je la.. malam nanti sambung cerita lain plak.. Pukul 6 petang kitorang ada raptai perasmian pembukaan n pukul 8 malam perasmian.. Katanya Pak Lah turun rasmi.. Huh, full uniform, bleh la tengok etika pemakaian pengakap2 lain..hahah

Wednesday, May 18, 2011

Jiwa kacau je kejenye..

Hah, entah ape nak jadi bebudak zaman sekarang.. 'gadget freak'..hahaha termasuk la aku ni ha..tapi tak la sampai cam roomate aku, lepas iPhone 3, tukar iPhone 4 pulak.. klo kuar iPhone 5 mesti tukar lagi..hihih

Masalahnya skarang, aku ni bukan stakat 'gadget freak', ntah apa2 'freak' lagi pun tak taw la..hehe.. skarang ni dok tumpu kat aksesori MTB sebab boleh beli sikit2..lagi pun dwet tak brapa banyak.. Dah tu, tringin plak nak beli kamera DSLR... yang ni terbantut sebab bukan senang nak simpan dwet banyak2...ish2...Sabor je la~~

Jiwa btambah kacau bila asyik dok rasa nak menembak je...(bukan menembak sebarangan ye!) nak main game perang, guna netbook je..tak boleh nak msukkan game yang best2..pastu terkenal la pulak dengan sukan airsoft...'up' sikit 'grade'nya daripada paintball.. mula la fikir nak beli se'bijik' senapang airsoft tu.. tapi,, (masalah lagi) harga agak mahal, nak kena ada lesen senjata nak cari pun payah...hadoiii... makan hati je la bila fikir pasal semua benda yang aku nak beli tu... Apakan daya.. takde kertas Agung, takde la semua barang tu....

Kesimpulannya, andai la terkata, ada sesiapa yang rasa2 ada banyak dwet dan tak taw dah nak belanja kat mana, aku ni sedia menerima... Kecil tapak tangan, dulang saya tadahkan.. hahaha..

Tuesday, May 17, 2011

GREED. BETRAYAL. GUILT
K10 & K11 present MACBETH
A Tragedy by William Shakespeare
Date: 11 MAY 2011 (WEDNESDAY)
Time: 8:00 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah tengok iklan kat atas tu??haa... Ni pementasan pertama kami K10 & K11 dalam melaksanakan kerja kursus yang diberikan. Dalam banyak-banyak kerja kursus, yang ni la yang paling lama dan agak susah nak buat. Kami diberi masa 2 bulan untuk 'menyelesaikan' masalah ni (hahaha). Sepanjang melaksanakan tugasan ni, alhamdulillah, takda perkara buruk yang berlaku sebab orang-orang Barat yang selalu membuat pementasan percaya yang cerita Macbeth ni telah DISUMPAH (CURSED). Sebab apa?? Sebab kebanyakan mereka yang mementaskannya, pasti ada tragedi yang berlaku.

Alhamdulillah, kedatangan pada malam tu memberangsangkan walaupun kami menjangkakan tak ramai yang nak datang sebab dah dekat dengan musim peperiksaan. Secara amnya, ramai yang berpuas hati dan ada juga yang kagum dengan pementasan Macbeth pada kali ini. Terima kasih kami ucapkan kepada senior yang banyak membantu dalam memberi idea berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini dan tidak lupa juga kepada semua penonton yang hadir.

Ross

Proses 'Make-up' Old Man

Pelakon utama (Macbeth) bersama Ketua Krew 'Costume & Make-up'

Krew ' Music & Sound'



Watak-watak utama bersama Pensyarah

Krew 'Music, Sound & Lighting' bersama Pensyarah

'Spirit'

'Spirits'

Selepas pementasan

K10 & K11

Monday, April 25, 2011

Pertandingan Inovasi Peringkat Institut

25 April 2011, telah berlangsung pertandingan inovasi bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.
Pertandingan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Raktor dan diiringi oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut. Beliau kemudiannya merasmikan penutupan pertandingan itu dan menyampaikan hadiah. Kami telah mengambil bahagian dengan inovasi ' Talking book ' dengan menggunakan program 'Microsoft Power Point'. Hasil kerja kami telah dinilai dan berjaya mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan itu.
















Wednesday, February 2, 2011

Alhamdulillah, 31 Januari 2011, ekspedisi memanjat Bukit Larut berjaya dilaksanakan. Perjalanan dari Selama bermula pada pukul 8 pagi (ikutnya 7 pagi, tapi atas
pelbagai kesulitan terjejas sikit). Bertolak dengan menaiki 2 buah kereta (seramai 10 orang) dan selamat sampai di kaki bukit pada pukul 9 pagi. Sebelum mula panjat bukit tu, macam biasa la kena warm up dulu untuk elakan kekejangan. Bila dah siap warm up, baca doa pulak (semoga perjalanan lancar).




Mula-mula berjalan nak mendaki tu,
semua bersemangat, gelak-gelak, ada yang lari-lari anak dan segalanya lah. Tapi, bila dah sampai selekoh yang ke-10, semua makin perlahan..hihihi..

Aii,dah pancit...??heheh













Ni masa kat 'Dataran JKR', mana datang n
ama tu pun aku tak tahu.. Sini boleh kata dah 55% sebelum sampai ke puncak..











Akhirnya... Semua selamat sampai kat puncak.. Ambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit..pergh!! Pape pun, enjoy sebab dapat naik bukit tu sekali lagi setelah sekian lama tak daki dan kali ni daki hanya dengan pakai SANDAL!!










Sunday, January 23, 2011

MISSION ACCOMPLISHED!

Fuhh! Sebab duit punya pasal, satu rekod telah dicipta. Haii, apa la nak jadi, duit, duit, sebab kau aku kena jalan jauh...

Hihi, mula-mula ingat boleh cucuk duit ATM kat Esso Bt 8,Ulu Kinta ni. Jadi pegi la jalan kaki. Nak dijadikan cerita, ATM tu ada note 50 je. Padahal dalam akaun ada 30 aje. Dah tu, jalan la pulak nak ke Giant Tambun. Kot la tengah-tengah jalan tu ada bas lalu, tapi idak. Berjalan la aku tengah-tengah panas 'ceng'(loghat utara) tu. 45 minit kot berjalan dari Esso tu sampai Giant.

Sesampainya di Giant, letih tu rasa reda la sikit bila dah kena air-cond. Aku dengan bangganya keluarkan kad ATM. Tak sabar nak cucuk ATM BSN kat situ..hahahaha.. Alih-alih tengok, mesin out of service pulak. Tapi hati masih chill sebab banyak mesin ATM kat situ. BSN, Maybank, RHB, CIMB, Bank Islam, semua aku cucuk. Tapi satu pn tak nak keluarkan duit aku. Hampeh betol. Pastu baru la mula rasa hampa. Harapan musnah!!Aduhh!!

Balik pulak, malas nak tunggu kat bas stand, jadi aku pun berjalan la dengan harapan baru ada la bas yang lalu nanti. Berjalan punya berjalan, panas tak terkata la tapi nak buat macam mana(saja nak amik tu sebagai cabaran baru), bas tak jugak lalu. Pastu nekad la, berjalan balik sampai la ke IPG. Alhamdulillah sampai gak ke IPG. Walaupun misi untuk amik duit tak berjaya, tapi misi untuk survive berjalan sampai ke IPG berjaya. Petang nanti, bantuan kemanusiaan akan sampai untuk pastikan aku boleh hidup kat sini dan pulang Raya Tahun Baru Cina nanti..hehehe.. Aku dah habis cerita, jadi sekarang aku mau tidur. Letih doee!!hahaha
Terima kasih kepada korang yang sudi luangkan masa baca cerita aku ni ye.. Daa..

Monday, January 17, 2011

Beralih angin...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...setelah sekian lama menyepi (hehehe),akhirnya dapat jugak luangkan masa untuk update blog ni..Daripada radio amatur, minat mula beralih kepada sukan mountain bike..Dah lama dok fikir-fikir nak beli sebuah..Paling kurang pun yang basic jadi la..Orang kata setakat nak isi masa lapang..Tapi satu je masalah yang menjadi penghalang..Sekarang ni tengah sambung belajar kat sebuah institusi pengajian tinggi kat Ipoh, jadi susah la sikit nak mengangkut datang ke sini..Satu lagi, kat area Ipoh ni,tak taw la pulak group mana yang boleh join pegi mengayuh,jalan pun xbrapa taw..hahahahha(harap je 6 bulan duduk Ipoh)..Ikutkan nak cari trek off road, baru mencabar sikit..Kadang-kadang bila keluar makan petang-petang ada la nampak sekumpulan pengayuh, datang dari mana entah lah.. Kalau ada rakan-rakan sekitar Ipoh yang bergiat dalam sukan ni, nak la jugak mintak tunjuk ajar (bukan radio je amatur, berbasikal pun amatur lagi)..Kalau ada yang nak pelawa join berbasikal sekali pun boleh jugak..heheheh...tu je kot setakat ni, kalau ada perkembangan terbaru, insyaallah akan terus diposkan di blog ni...ok...salam perpisahan untuk kali ini..