Wednesday, May 18, 2011

Jiwa kacau je kejenye..

Hah, entah ape nak jadi bebudak zaman sekarang.. 'gadget freak'..hahaha termasuk la aku ni ha..tapi tak la sampai cam roomate aku, lepas iPhone 3, tukar iPhone 4 pulak.. klo kuar iPhone 5 mesti tukar lagi..hihih

Masalahnya skarang, aku ni bukan stakat 'gadget freak', ntah apa2 'freak' lagi pun tak taw la..hehe.. skarang ni dok tumpu kat aksesori MTB sebab boleh beli sikit2..lagi pun dwet tak brapa banyak.. Dah tu, tringin plak nak beli kamera DSLR... yang ni terbantut sebab bukan senang nak simpan dwet banyak2...ish2...Sabor je la~~

Jiwa btambah kacau bila asyik dok rasa nak menembak je...(bukan menembak sebarangan ye!) nak main game perang, guna netbook je..tak boleh nak msukkan game yang best2..pastu terkenal la pulak dengan sukan airsoft...'up' sikit 'grade'nya daripada paintball.. mula la fikir nak beli se'bijik' senapang airsoft tu.. tapi,, (masalah lagi) harga agak mahal, nak kena ada lesen senjata nak cari pun payah...hadoiii... makan hati je la bila fikir pasal semua benda yang aku nak beli tu... Apakan daya.. takde kertas Agung, takde la semua barang tu....

Kesimpulannya, andai la terkata, ada sesiapa yang rasa2 ada banyak dwet dan tak taw dah nak belanja kat mana, aku ni sedia menerima... Kecil tapak tangan, dulang saya tadahkan.. hahaha..

Tuesday, May 17, 2011

GREED. BETRAYAL. GUILT
K10 & K11 present MACBETH
A Tragedy by William Shakespeare
Date: 11 MAY 2011 (WEDNESDAY)
Time: 8:00 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah tengok iklan kat atas tu??haa... Ni pementasan pertama kami K10 & K11 dalam melaksanakan kerja kursus yang diberikan. Dalam banyak-banyak kerja kursus, yang ni la yang paling lama dan agak susah nak buat. Kami diberi masa 2 bulan untuk 'menyelesaikan' masalah ni (hahaha). Sepanjang melaksanakan tugasan ni, alhamdulillah, takda perkara buruk yang berlaku sebab orang-orang Barat yang selalu membuat pementasan percaya yang cerita Macbeth ni telah DISUMPAH (CURSED). Sebab apa?? Sebab kebanyakan mereka yang mementaskannya, pasti ada tragedi yang berlaku.

Alhamdulillah, kedatangan pada malam tu memberangsangkan walaupun kami menjangkakan tak ramai yang nak datang sebab dah dekat dengan musim peperiksaan. Secara amnya, ramai yang berpuas hati dan ada juga yang kagum dengan pementasan Macbeth pada kali ini. Terima kasih kami ucapkan kepada senior yang banyak membantu dalam memberi idea berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini dan tidak lupa juga kepada semua penonton yang hadir.

Ross

Proses 'Make-up' Old Man

Pelakon utama (Macbeth) bersama Ketua Krew 'Costume & Make-up'

Krew ' Music & Sound'



Watak-watak utama bersama Pensyarah

Krew 'Music, Sound & Lighting' bersama Pensyarah

'Spirit'

'Spirits'

Selepas pementasan

K10 & K11