Sunday, January 23, 2011

MISSION ACCOMPLISHED!

Fuhh! Sebab duit punya pasal, satu rekod telah dicipta. Haii, apa la nak jadi, duit, duit, sebab kau aku kena jalan jauh...

Hihi, mula-mula ingat boleh cucuk duit ATM kat Esso Bt 8,Ulu Kinta ni. Jadi pegi la jalan kaki. Nak dijadikan cerita, ATM tu ada note 50 je. Padahal dalam akaun ada 30 aje. Dah tu, jalan la pulak nak ke Giant Tambun. Kot la tengah-tengah jalan tu ada bas lalu, tapi idak. Berjalan la aku tengah-tengah panas 'ceng'(loghat utara) tu. 45 minit kot berjalan dari Esso tu sampai Giant.

Sesampainya di Giant, letih tu rasa reda la sikit bila dah kena air-cond. Aku dengan bangganya keluarkan kad ATM. Tak sabar nak cucuk ATM BSN kat situ..hahahaha.. Alih-alih tengok, mesin out of service pulak. Tapi hati masih chill sebab banyak mesin ATM kat situ. BSN, Maybank, RHB, CIMB, Bank Islam, semua aku cucuk. Tapi satu pn tak nak keluarkan duit aku. Hampeh betol. Pastu baru la mula rasa hampa. Harapan musnah!!Aduhh!!

Balik pulak, malas nak tunggu kat bas stand, jadi aku pun berjalan la dengan harapan baru ada la bas yang lalu nanti. Berjalan punya berjalan, panas tak terkata la tapi nak buat macam mana(saja nak amik tu sebagai cabaran baru), bas tak jugak lalu. Pastu nekad la, berjalan balik sampai la ke IPG. Alhamdulillah sampai gak ke IPG. Walaupun misi untuk amik duit tak berjaya, tapi misi untuk survive berjalan sampai ke IPG berjaya. Petang nanti, bantuan kemanusiaan akan sampai untuk pastikan aku boleh hidup kat sini dan pulang Raya Tahun Baru Cina nanti..hehehe.. Aku dah habis cerita, jadi sekarang aku mau tidur. Letih doee!!hahaha
Terima kasih kepada korang yang sudi luangkan masa baca cerita aku ni ye.. Daa..

Monday, January 17, 2011

Beralih angin...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...setelah sekian lama menyepi (hehehe),akhirnya dapat jugak luangkan masa untuk update blog ni..Daripada radio amatur, minat mula beralih kepada sukan mountain bike..Dah lama dok fikir-fikir nak beli sebuah..Paling kurang pun yang basic jadi la..Orang kata setakat nak isi masa lapang..Tapi satu je masalah yang menjadi penghalang..Sekarang ni tengah sambung belajar kat sebuah institusi pengajian tinggi kat Ipoh, jadi susah la sikit nak mengangkut datang ke sini..Satu lagi, kat area Ipoh ni,tak taw la pulak group mana yang boleh join pegi mengayuh,jalan pun xbrapa taw..hahahahha(harap je 6 bulan duduk Ipoh)..Ikutkan nak cari trek off road, baru mencabar sikit..Kadang-kadang bila keluar makan petang-petang ada la nampak sekumpulan pengayuh, datang dari mana entah lah.. Kalau ada rakan-rakan sekitar Ipoh yang bergiat dalam sukan ni, nak la jugak mintak tunjuk ajar (bukan radio je amatur, berbasikal pun amatur lagi)..Kalau ada yang nak pelawa join berbasikal sekali pun boleh jugak..heheheh...tu je kot setakat ni, kalau ada perkembangan terbaru, insyaallah akan terus diposkan di blog ni...ok...salam perpisahan untuk kali ini..