Monday, January 17, 2011

Beralih angin...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...setelah sekian lama menyepi (hehehe),akhirnya dapat jugak luangkan masa untuk update blog ni..Daripada radio amatur, minat mula beralih kepada sukan mountain bike..Dah lama dok fikir-fikir nak beli sebuah..Paling kurang pun yang basic jadi la..Orang kata setakat nak isi masa lapang..Tapi satu je masalah yang menjadi penghalang..Sekarang ni tengah sambung belajar kat sebuah institusi pengajian tinggi kat Ipoh, jadi susah la sikit nak mengangkut datang ke sini..Satu lagi, kat area Ipoh ni,tak taw la pulak group mana yang boleh join pegi mengayuh,jalan pun xbrapa taw..hahahahha(harap je 6 bulan duduk Ipoh)..Ikutkan nak cari trek off road, baru mencabar sikit..Kadang-kadang bila keluar makan petang-petang ada la nampak sekumpulan pengayuh, datang dari mana entah lah.. Kalau ada rakan-rakan sekitar Ipoh yang bergiat dalam sukan ni, nak la jugak mintak tunjuk ajar (bukan radio je amatur, berbasikal pun amatur lagi)..Kalau ada yang nak pelawa join berbasikal sekali pun boleh jugak..heheheh...tu je kot setakat ni, kalau ada perkembangan terbaru, insyaallah akan terus diposkan di blog ni...ok...salam perpisahan untuk kali ini..

No comments:

Post a Comment