Monday, June 13, 2011

1st Malaysian Rainforest Scout Challenge

Assalamualaikum, salam sejahtera. Setelah sekian lama, baru hari ni aku rasa rajin sikit nak update blog ni. Kali ni aku nak kongsikan apa yang telah aku lalui sepanjang menyertai kem International baru-baru ni. Laporan pasal kem ni baru disiarkan di Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi dan akan disiarkan juga oleh RTM.

Informasi Kem

Nama : 1st Malaysian Rainforest Scout Challenge
Tarikh : 1 hingga 7 Jun 2011
Lokasi : Sg. Kejar, Sg. Enam ( Royal Belum Rainforest )
Tanjung Satu, Pulau Pendidikan ( Banding )


1 Jun 2011

1100 - Aku sampai kat Laketown Resort, (tempat berkumpul semua peserta untuk taklimat sebelum bertolak ke tapak kem pada esok hari.) Dah tu, aku gi daftar untuk kumpulan aku, check-in bilik amik kunci bilik dan bahan2 yang disediakan. Dalam 1 bilik ada empat orang. Daripada kumpulan aku ada 3 orang, jadi 1 kosong. Pihak pengurusan masukkan sorang photographer bebas dari KL ( kami panggil Cik Din). Dok ngan dia, banyak gak yang diceritakan. Dia dah banyak kali join Pengakap punya event untuk amik gambar.

1530 - Taklimat mengenai kem, peraturan, segala macam arahan la sampai pukul 5.30 petang. Sesi yang paling menarik adalah sesi bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Masa ni la kami diberikan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum masuk Hutan Belum tu.

2000 - Perasmian pembukaan dan welcome-dinner. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh. Majlis malam tu diserikan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak yang diundang khas daripada Ipoh (kot). Hahaha

2 Jun 2011

0615 - Dah siap kemas2 barang kitorang turun sarapan, borak2 dengan Cik Din, Cigku Yusri dan Cikgu Afiq daripada Kulaijaya Johor.

0840 - Semua peserta bertolak dari Laketown ke Pulau Banding. Konvoi 6 buah bas dan beberapa buah kereta urusetia diiringi peronda lebuhraya.

1350 - Sampai di Sidai, Belum Rainforest Resort, Pulau Banding. Kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan dan tarian Sewang daripada orang asli. Enjoy sekejap sebelum bertolak ke kem pertama dengan menaiki bot.

1415 - Bertolak ke Sg. Kejar, tapak kem yang pertama. Perjalanan dianggarkan selama 1 jam 45 minit dan mungkin lebih sebab paras air masa tu surut sedalam 2 meter dan ada kawasan yang airnya cetek. Nasib baik la tak kena turun tolak bot. Sebelum sampai di kem Sg. Kejar, kami melintasi 2 perkampungan orang asli. Ada yang dah modem dan ada yang masih mengekalkan tradisi.

1555 - Sampai di kem Sg. Kejar. Taklimat daripada urusetia kem. Berehat jap, minum petang.

1630 - Aktiviti air, water confident.

1800 - Membina rakit buluh. Penerangan disampaikan oleh wakil orang asli. Dia cerita buluh apa yang sesuai untuk buat rakit, cara camna nak ikat rakit tu dan sebagainya.

2000 - Selepas solat, diadakan bacaan Yasin.

2100 - Night walk. Menikmati suasana hutan dalam gelap. Dapat tengok spora, belalang ranting, dengar macam2 bunyi binatang.

2145 - Sesi perkenalan. Dah berapa lama bersama, baru sekarang berkenalan. haha

0000 - light-off

....... to be continued ........

No comments:

Post a Comment