Saturday, September 26, 2009

RADIO AMATUR?

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.

No comments:

Post a Comment